Mengenai Kami Falsafah Syarikat



Falsafah Syarikat

Print PDF

 

Falsafah syarikat kami berasaskan kepada perkembangan dan kemajuan negara ini yang semakin pesat membangun dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Oleh yang demikian sejajar dengan hasrat kerajaan, kami telah mengorak langkah dengan membina bidang perniagaan kami yang berteraskan Pendidikan, kerana tanpa rakyat yang berilmu dan berfikiran terbuka, negara tidak dapat membangun dengan jayanya.

Dalam pendidikan di Malaysia, matlamat utama ialah melahirkan generasi baru yang berpendidikan untuk menampung dan meneruskan perjuangan yang semakin hari semakin sengit, yang mana negara kita telah meletakkan harapan yang tinggi dalam bidang pendidikan sehingga dapat bersaing dengan negara luar sebagai sebuah Pusat Pendidikan yang terkemuka diseluruh dunia.

Dengan adanya perniagaan yang kami jalankan sekarang ini, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan mutu pembelajaran dari segi pembacaan, pengenalan, penghafalan dan sebagainya. Kami sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan supaya matlamat negara tercapai. Bahan-bahan dan produk-produk syarikat kami adalah yang terkini dan mengikut Sukatan Pelajaran Malaysia, dan akan sentiasa dimajukan seiring dengan keinginan dan keperluan pelajar.